Sabah Got Ideas (SGI) 2013

 
    Sabah Got Idea (SGI) merupakan bengkel keusahawanan selama 2 hari. Di dalam bengkel ini, para peserta akan di beri pengetahuan dalam bidang keusahawanan, mencipta idea baru serta inovatif dan sekaligus memantapkan idea-idea berkenaan. Bengkel ini akan diadakan di empat buah daerah di seluruh Sabah dimana setiap daerah, 8 idea terbaik dari setiap daerah akan mara ke peringkat akhir. Di peringkat akhir, 10 idea terbaik akan memenangi dana bernilai RM20,000.00 bagi memulakan perniagaan melalui idea yang telah di persembahkan. Program ini di anjurkan oleh Pertubuhan Usahawan Teknologi Sabah (SATA) dan di sokong penuh oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM).

    Sabah kaya dengan budaya serta sumber-sumber asli yang lain dan campuran kepelbagaian ini menjadikan Sabah penuh dengan orang yang kreatif tetapi malangnya belum diaktifkan. Terdapat banyak idea-idea baru dan inovatif yang belum diterokai di luar sana dan kami percaya SGI adalah program terbaik untuk meningkatkan kesedaran, pembangunan dan merealisasikan idea-idea tersebut di kalangan rakyat Sabah.

    Program SGI memberi peluang kepada para peserta untuk merealisasikan idea kreatif mereka kepada perniagaan sebenar dimana setiap peserta mempunyai peluang untuk memenangi dana yang bernilai RM200,000.00 untuk 10 idea perniagaan yang terbaik bagi memulakan perniagaan mereka. Hadiah berbentuk dana ini telah di taja oleh pihak KPSKTM. Sila lawati laman facebook SATA di www.facebook.com/mysata





Muat turun borang penyertaan di bawah


join now


Emelkan borang penyertaan anda yang telah lengkap ke satafriends@mysata.org